MUKMIN YANG BERJUANG ITU TIDAK CUKUP SEKADAR MELAFAZKAN SYAHADAH

Posted: January 17, 2011 in Uncategorized

Banyak orang Islam menyangka bahawa CUKUP SEKADAR MEMPUNYAI NAMA SEBAGAI ORANG ISLAM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT UNTUK MENJADI SEORANG MUSLIM YANG DIREDHAI ALLAH.

Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita simpulkan dari firman Allah:

“Orang orang Arab badwi itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”

Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. ISLAM BUKAN SEKADAR BEBERAPA KALIMAH YANG DITUTURKAN TAPI ADALAH SUATU ILTIZAM DAN KOMITMEN YANG LENGKAP DAN MENYELURUH TERHADAP AJARAN ISLAM.

Sebab itu dalam Surah al Baqarah :208-209 terdapat ayat yang menegaskan:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang bukti keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…”.

Seorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran Islam baik akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya. Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al Taubah ayat 38-41

38.Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana
kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

[39] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat menggugat Allah sedikitpun . (ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.

[40] Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) pada hal Allah sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau
berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama ) Allah jadikan seruan (dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina . (Sebaliknya) Allah jadikan dasar perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[41] Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Penganut agama Islam yang sebenarnya ialah mereka yang sedia berangkat dan keluar berjuang untuk menegakkan cita-cita Islam dalam segala dimensinya yang mungkin.

Mereka tidak dihalang oleh kesempitan hidup atau dilalaikan oleh kesenangan kebendaan. Mereka rela berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasul. Mereka sedar bahawa jika mereka tidak bingkas berjuang keimanan mereka akan dipersoalkan oleh Allah dan amalan mereka menjadi sia-sia.

Pada zaman Rasulullah dahulu orang yang enggan berjihad dan enggan pergi berhijrah bersama Rasulullah dihukum dengan hukuman yang berat . Allah berfirman dalam Surahal Taubah ayat 81-90

Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan di belakang (tidak ikut serta berjuang) merasa seronok disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan mereka tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; malah mereka (menghasut pula dengan) berkata: Janganlah kalian semua keluar (berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api Neraka Jahanam itu jauh lebih panas lagi, kalaulah mereka sedar. Oleh itu biarkanlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini); namun mereka akan menangis banyak kelak (di akhirat), sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan.

Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (ikut serta berperang), maka katakanlah: Kamu jangan sekali-kali keluar bersamasamaku buat selama-lamanya dan kamu samasekali tidak akan memerangi musuh bersama-samaku; justeru kamu dahulu telah rela tinggal duduk diam di belakang (tidak ikut berjuang) pada kali yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama orangorang yang duduk (di belakang).

Dan janganlah engkau(wahai Muhammad) sembahyangkan seorang pun yang mati dari kalangan mereka itu selama-lamanya dan janganlah pula engkau berdiri di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka). Dan jangan pula engkau terpesona kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir . Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): “Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya”, nescaya orangorang yang kaya di antara mereka meminta izin (berdalih) kepadamu dengan berkata: Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal ( di belakang ;tidak turut berperang).

Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka di sel mati , sehingga mereka tidak dapat memahami apaapa lagi.

(Mereka tetap tidak ikut serta) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orangorang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.

Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anakanak sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Dan (kemudian ) datanglah pula orang-orang yang menyatakan alasan keuzurannya dari orang-orang A’rab, memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang), sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya duduk (mendiamkan diri). (Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Golongan mukmin pada zaman dahulu yang telah mengaku beriman tetapi enggan ikut serta berjuang mendaulatkan Islam telah dihukum sebagai munafik dan kufur oleh Allah.

Allah melarang Nabi mendoakankan mereka dengan berdiri di tepi kubur mereka, Allah melarang Nabi menyembahyangkan jenazahnya. Ini tentulah kerana perbuatan tidak ikut serta berjuang menegakkan kedaulatan Islam sebagai suatu dosa besar yang menghapuskan kekuasaan dan kemegahan Islam.

Sebab itu menjadi seorang muslim bermakna kita mesti ikut serta berusaha mengukuhkan gerakan Islam , meramaikan bilangan mereka agar kita berjaya di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu wahai saudara marilah kita bersama-sama dengan golongan ulama dan cendikiawan ikut serta memperjuangkan Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s