ANAK KECIL YANG TAKUTKAN API NERAKA

Posted: January 5, 2011 in Uncategorized

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takutkan azab neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

Ikhwah, yang dikasihi kerana Allah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita selalu ingat kepada mati kerana mati pasti menjemputnya, bahkan baginda Rasulullah SAW menganggap orang itu orang yang terkaya.

Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya.

Sesungguhnya insan yang sering kali dalam hidupnya ingat terhadap mati, sudah tentu kalbunya dipenuhi bunga keinsafan yang akan mendorongnya untuk :

1) tidak bersikap sombong
2) selalu bertawaduk
3) segala gerak DALAM FASA2 PERJUANGAN dijadikan ibadah
4) lidahnya tetap basah dengan zikrullah baik malam atau siang

InsyaAllah, bermula dengan kefahaman ini kita dapat mengukuhkan kesungguhan kita dalam beristiqamah dalam gerak kerja da’wah kerana perjalanan kita masih panjang, bukan setakat diatas muka bumi kita juga akan menempuhi yaumul akhirat ( hari perhitungan buat manusia ).

Dan yakinlah ikhwah sekalian, Jalan dakwah ini adalah jalan yang dipenuhi dengan cabaran dan ujian. Sebagaimana kata Syeikh Fathi Yakan “Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu”. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an dengan firmanNya:

“Aif lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-o rang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al Ankabut 1-3).

Advertisements
Comments
  1. muasz says:

    ASkum…apa khbar sedara? doakan ana jua thabat dan diberi kejayaan.mudahan bolh jumpa lg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s