SISTEM PEMERINTAHAN TERLETAK PADA MEREKA YANG JAHIL

Posted: August 17, 2010 in Uncategorized

Islam begitu mengambil berat supaya masyarakat Islam menjaga dari apa jua bentuk kerosakan. Tetapi masyarakat Islam kini dipenuhi oleh belbagai bentuk kerosakan dan keruntuhan moral yang ditadbir oleh undang-undang ( ciptaan manusia ). Media massa kerajaan pula memainkan peranan yang besar dalam menyerbarkan kerosakan itu melalui filem-filem dan pertunjukan yang mendedahkan sebahagian besar aurat, hiburan yang tidak bermoral, nyanyian, joget, tersebarnya tempat-tempat peleseran, pusat-pusat arak, kelab-kelab judi dan pantai-pantai yang mendedahkan aurat di samping penyakit masyarakat yang lain seperti penipuan, rasuah, kecurian, pembunuhan dan berbagai kemungkaran lagi

Televisyen kerajaan dan swasta juga bayak menayangkan filem-filem ganas yang diimport dari luar seolah-olah mengajar anak-anak muda kita dengan keganasan itu, yang lebih rosak lagi apabila apabila penyanyi-penyanyi dan penari-penari sebagai contoh utama bagi pemuda untuk diagungkan. Bagi saya ini adalah perancangan jahat dari musuh-musuh Islam samada secara langsung atau tidak langsung untuk merosakkkan pemuda kita supaya menjadi pemuda yang penakut dan lemah maka dengan sendirinya negara akan kehilangan kekuatan yang sepatutnya ada pada pemuda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s