PEMUDA HARI INI, CERMINAN MASA DEPAN ISLAM AKAN DATANG

Posted: July 15, 2010 in Uncategorized

Apabila kita menilai kekuatan sesebuah negara , pastinya kita akan kagum dengan nilaian material seperti hebatnya bangunan- bangunan yang di bina, cantiknya permandangan bandaraya dan canggih kenderaan yang dicipta. Pandangan ini sentiasa mengkaburi hakikat yang sebenar . Kekuatan yg sebenarnya di ukur dengan quality generasi pemuda yang akan mewarisi perbendaharaan negara. Generasi pemuda adalah aset terbesar dan paling berharga kepada sesebuah negara.

Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kepada kekuatan manusia, bukannya kehebatan dunia material. Tunjang kepada kekuatan manusia terletak kepada generasi pemuda. Sejarah telah membuktikan kehebatan pemuda dalam menggerakkan sesuatu perubahan. Apabila Pemuda bangun bertindak , maka sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku. Golongan ini mempunyai semangat yang kental , jiwa yang tinggi , berani lagi tangkas . Mereka juga mampu menggarap kefahaman baru dengan budaya fikir yang mantap dan mampan.

Al Quran menukilkan kisah Ashabul Ukhdud juga Ashabul Kahfi . Rasul-rasul yang mulia juga bermula pada usia yang muda Daud, Ismail, Isa dan ramai lagi telah mengegrakkan dakwah mereka pada usia yang muda. Sahabat Rasulullah SAW juga terdiri dari golongan pemuda. Khalifah- khalifah awal Islam bersama dengan dakwah Islam pada usia yang muda – Abu bakar ra masuk Islam pada usia 32 tahun, Umar ra 35 tahun, Ali ra 9 tahun, Utsman ra 30 tahun.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (Kahfi:13)

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka

Mari kita ingat kembali pemuda-pemuda yang mendominasi pada generasi pertama islam. Kita menyaksikan Ali bin Abin Thalib dan Az-Zubair bin Al-Awwam yang saat itu berusia 8 tahun. Kemudian Thalhah bin Ubaidillah, 11 tahun. Al Arqaam bin Abil Arqaam 12 tahun. Abdullah bin Mazhun berusia 17 tahun. Jafar bin Abi Thalib 18 tahun. Qudaamah bin Abi Mazhun berusia 19 tahun. Said bin Zaid dan Shuhaib Ar Rumi berusia 20 tahun. Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mushab bin Umair dan Al Miqdad bin al Aswad berusia 24 tahun. Abdullah bin al Jahsy 25 tahun. Umar bin al Khathab 26 tahun. Abu Ubaidah Ibnuk Jarrah dan Utbah bin Rabiah, Amir bin Rabiah, Nuaim bin Abdillah, Usman bin Mazhun, Abu Salamah, Abdurrahman bin Auf dimana kesemuanya sekitar 30 tahun. Ammar bin Yasir diantara 30-40 tahun, Abu Bakar Ash Shiddiq 37 tahun.
Allahu Akbar… Itulah pemuda-pemuda pengukir sejarah. Dan begitulah dalam setiap kebangkitan negeri, tak pernah lepas dari hadirnya gelora pemuda. Hasan Al-Banna dengan ikhwanul musliminnya,, pemuda palestina dengan intifadhahnya. Dan juga pemuda-pemuda bangsa kita dengan Jemaah Islam PAS.

Advertisements
Comments
  1. Ahmad Khabir says:

    Tambahan beberapa Pemuda:
    1- “Ghulam”, bersama Ahli Sihir dan Pendeta.
    2- Sultan Muhammad Al-Fateh

    • mhafezsabri says:

      Jangan putus doa kita pada Allah SWT mg kita diberi kekuatan utk istiqamah meneruskan amanah yang ditinggalkan Rasulullah SAW, BarakAllah ya Akhi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s