JADIKAN DAKWAH SEBAGAI KERJA ” FULL TIME “

Posted: July 11, 2010 in Uncategorized

Satu perkara yang sangat aneh apabila pemuda pemudi Islam memberikan alasan “sibuk” lantas mereka alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah kita menyangka dengan alasan ” sibuk” sebagai mahasiswa atau sibuk di alam kerjaya, boleh membebaskan kita dari tugasan dakwah?

Ikhwah sekalian, bukankah sejarah telah mencatatkan bahawa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, persoalan saya adakah mereka bukan penuntut ilmu atau pekerja? sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan mereka?

Ayyuhal Ikhwah Katakan saja kita tidak cintakan Islam, kerana jika benar kita cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan kita berikan, untuk menyepikan jalan dakwah ini.

Lihatlah para mujahid da’wah, adakah mereka ini tidak pernah sibuk? akan tetapi mereka sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.

Kajilah semula sejarah Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka “FULL TIME” sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai pendidik, peniaga,dan sebagainya, jangan kita menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.

Advertisements
Comments
  1. Saya says:

    Teringat kisah Ahmad Deedat, Syeikh Ahmad Yasin, Ust Asri Rabbani yang berjuang dan berdakwah sehingga akhir hayatnya walau ada kekurangan, kesakitan yang melanda. Subhanallah. Semoga kita istiqamah, insyaAllah..

    • mhafezsabri says:

      Jangan putus doa kita pada Allah SWT mg kita diberi kekuatan utk istiqamah meneruskan amanah yang ditinggalkan Rasulullah SAW, BarakAllah ya Akhi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s