Dalam Dakwah Itu Ada SUNNATULLAHnya

Posted: June 22, 2010 in Uncategorized

Siang dan malam, musim panas dan musim sejuk, peredaran bulan dan matahari dan sebagainya adalah sunnatullah yang tidak pernah berubah sejak dijadikan alam ini sehinggalah ke hari qiamat.

Kesinambungan sunnatullah ini tidak dapat disangkal lagi kerana ianya berlaku secara realiti dan dapat dibuktikan melalui pancaindera yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada manusia.

Ketahuilah bahawa sunnatullah itu memberi kesejahteraan kepada manusia untuk menjalani kehidupan dan juga untuk melahirkan insan yang benar-benar taat kepada penciptanya.

Begitu juga dengan jalan dakwah untuk menegakkan kebenaran tidak dapat tidak mesti akan melalui liku-liku yang dihiasi dengan berbagai bentuk rintangan dan cabaran. Sesungguhnya pertembungan diantara kebenaran dan kebathilan tidak pernah selesai sejak zaman lampau sehinggalah kehari ini dan akan berterusan.

Terdapat Banyak Cabaran-cabaran yang berlaku dalam Dakwah, antaranya:

1. Kejahilan dan pemikiran yang jumud.
Sifat semulajadi yang ada pada manusia ialah ia akan menentang sesuatu yang tidak diketahui hakikat sebenarnya.Kejahilan ini disebabkan pemikirannya yang seolah-olah tidak berfungsi,lalu berlakulah penentangan yang melulu.

2. Menilai seseorang dengan harta dan kekuatan yang dimiliki.
Perbandingan inilah yang digunakan kebenaran dan kerasulan,jelas dari kata-kata Walid b. Mughirah ketika dakwah islam sampai kepadanya “Adakah aku perlu menyertai Muhammad saw atau tidak sedangkan aku adalah pembesar Quraish”.

Begitu juga di zaman moden ini Benua Eropah dianggap sebagai raja kerana kekuatan yang dimiliki dan negara-negara lain hanya mengikut arah telunjuk mereka.

3. Kekayaan dan hawa nafsu.
Islam datang dengan membawa rahmat keseluruh alam,mendidik akhlak yang mulia, mewujudkan masyarakat yang adil,membina kehidupan yang makmur. Konsep ini boleh menjejaskan kegiatan golongan yang mengaut kekayaan dengan berbagai cara (penindasan) hawa nafsu yang tidak pernah puas telah dibataskan dengan kedatangan Islam. Dengan itu untuk mengekalkan kedudukan kekayaan serta hawa nafsu mereka,islam mesti disekat dari terus berkembang.

4. Sifat hasad dengki dan takabbur.
Penyakit hati ini sentiasa wujud dalam setiap zaman,ianya menjadi penghalang utama terhadap kebenaran. Sifat inilah yang dimiliki oleh Yahudi, Nasrani dan Orientalis, mereka ini memahami Islam tetapi mereka menggunakan pengetahuan tersebut untuk menghancurkan agama yang mulia. Muaz bin Jabal pernah berkata kepada orang Yahudi “Wahai kaum Yahudi! Berimanlah kepada ALLAH SWT, sesungguhnya kamulah yang telah menceritakan kepada kami tentang Muhammad SAW dan kami ketika itu berada dalam kekufuran, kamu juga yang memberitahu kami dialah rasul yang akan dibangkitkan serta menerangkan kepada kami tentang sifat-sifatnya”. Kenyataan itu dijawab dengan angkuh oleh salah seorang Yahudi “Orang yang kamu anggap sebagai Muhammad itu bukanlah orang yang telah kami sebutkan kepada kamu”.

Justeru, kita perlu kembalikan kekuatan kita dan yakin dengan janji ALLAH SWT “ Namun betapapun ampuh kekuatan musuh untuk memadamkan seruan islam dari terus bersinar,mereka tidak akan mampu untuk mengatasi ketentuan ALLAH SWT.Anugerah kejayaan dan kemenangan yang sebenar hanya akan dapat dirasai dan dinikmati oleh golongan yang mendokong kebenaran,dan mereka yang meletakkan iman yang sejati kepada ALLAH SWT.Realiti ini telah pun dibuktikan dari kenyataan sejarah dan telah terbukti kukuhdi dalam Al-Quran Karim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s