KITA MESTI MILIKI

Posted: June 15, 2010 in Uncategorized

1. Memiliki pandangan luas dan jauh (ru’yatul waadhih) sehingga mampu merancang dan merangka kerja-kerja sesuai dengan keperluan jangka pendek dan jangka panjang serta mengetahui pula halangan dan cabaran yang bakal ditempuhi.

2. Memiliki aqal fikiran yang tajam dan kritis hingga dapat melihat segala permasalahan dari setiap sudut serta menentukan penyelesaian yang menyeluruh tanpa mengabaikan atau terlepas pandang segala perkara yang berkaitan.

3. Memiliki kehalusan jiwa sehingga melahirkan kepekaan terhadap tanggungjawab serta peka dengan kesan serta akibat dari setiap tindakan.

4. Memiliki himmah yang tinggi atau jiwa yang besar hingga tidak mengenal erti kelemahan jiwa dan putus asa.

5. Memiliki prinsip yang betul dan keyakinan diri untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan dengan tepat dan bijaksana.

6. Memiliki daya fokus yang tinggi hingga tidak mudah tertarik dengan tarikan duniawi dan menyimpang dari matlamat.

7. Memiliki keluasan ilmu hingga mampu membuat pertimbangan secara menyeluruh di dalam menentukan kepentingan dan keutamaan.

8. Menguasai kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip di dalam membuat keputusan yang betul dan berkesan.

10. Menguasai dan memahami pergolakan jiwa dan perasaannya hingga dapat istiqomah dengan kerja-kerja yang besar dan menuntut kesabaran serta pengorbanan yang tinggi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s