KERJA-kERJA BESAR INI TIDAK MAMPU DIPIKUL DENGAN TENAGA SEORANG

Posted: June 15, 2010 in Uncategorized

Pembentukan masyarakat dan Ummah Islamiyyah memerlukan masa yang panjang, usaha yang berterusan, pencurahan tenaga yang besar dan kesediaan melalui tahap-tahap tertentu seperti yang diperlihatkan dalam Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda RA.

Tahap-tahap yang berdasarkan Sirah Rasulullah SAW adalah seperti berikut:

1. Tahap pembangunan ‘Aqidah yang melahirkan kefahaman yang betul tentang hakikat alam, manusia dan kehidupan. Inilah tahap asasi, pertama dan utama dalam pembentukan syaksiyyah Islamiyyah. Ia kaedah asas yang akan memperbetulkan tindakan-tindakan berikutnya.

2. Tahap perlaksanaan Iman dalam realiti hidup Muslim sepertimana yang pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW: “Iman bukanlah dengan angan-angan dan hiasan-hiasan, tetapi ia adalah apa yang bertakhta di dalam hati dan dibukti pula dengan amalan.”

Inilah tahap penghayatan Iman dalam tingkah laku dan aktiviti hidup supaya benar-benar lahir kehidupan Islam.

Mereka yang kukuh ‘aqidah, betul fahaman dan baik amalan menyedari bahawa di sana terdapat tanggungjawab yang wajib dilaksanakan iaitu ‘Amal Haraki untuk membentuk, menerus dan mempertahankan Ummah dan Daulah Islamiyyah. Kerja-kerja besar ini tidak mampu dipikul dengan tenaga seorang, bahkan memerlukan penglibatan dalam Tanzim Haraki secara bersungguh-sungguh. Setiap mukmin bangun memperbaiki ahli-ahli, kawan-kawan dan mereka yang dapat dihubunginya. Kebaikan seseorang tidak akan menggugurkannya daripada tugas mengislahkan orang lain. Dia wajib bangun memikul tanggungjawab Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar meskipun keseorangan.

Advertisements
Comments
  1. nurjannah says:

    Itulah hebatnya berjemaah..bila bergabung,1+1 = 3 > SINERGI ! Alhamdulillah

    • mhafezsabri says:

      Jangan putus doa kita pada Allah SWT mg kita diberi kekuatan utk istiqamah meneruskan amanah yang ditinggalkan Rasulullah SAW,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s