Berdoalah, Semoga Kita Tidak Disingkirkan Oleh ALLAH SWT Dari Soff Perjuangan Ini

Posted: March 13, 2010 in Uncategorized
Tags: ,

KAEDAH MERAWAT KELESUAN AKIBAT FUTUR

1. Menjauhi maksiat dan keburukan serta punca-punca yang boleh membawa ke arah perlakuannya kerana sebagaimana ibadah boleh menghindarkan diri daripada maksiat, malaikat juga boleh menjauhkan seseorang daripada amal-amal kebajikan.

2. Istiqamah dengan amalan-amalan harian bagi meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani. Hanya dengan persiapan rohani dan persediaan jasmani sajalah dapat mengharungi liku-liku perjuangan menegakkan islam yang penuh dengan ranjau dan halangan.

3. Menjaga waktu-waktu yang utama dan menghidupkan amalan ketaatan. Sebagai contoh, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, solat dhuha, membaca zikir dan doa pada waktu-waktu yang tertentu.

4. Menjaga diri daripada bersikap melampau dan terlalu menyusahkan diri dalam urusan agama ALLAH SWT iaitu dengan bersikap sederhana serta menjaga amalan-amalan kebiasaan mengikut sunnah.melakukan amalan yang sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik daripada melakukan banyak amalan tetapi tidak kekal.

5. Menggabungkan diri dengan jemaah Islam dan meninggalkan uzlah. Hanya dengan menyertai jemaah seseorang itu dapat meningkatkan diri dan tidak mudah tertipu oleh tipu daya syaitan.

6. Mengenali cabaran-cabaran di jalan dakwah.dengan mengenal pasti halangan dan mehnah yang bakal ditempuhi akan menyiapkan para petugas Islam agar tidak mudah berputus asa dan hilang semangat.

7. Bersikap teliti dan melaksanakan kerja secara sistematik. Kerja-kerja yang tidak berperancangan dan dilakukan secara sembrono akan menemui jalan buntu.

8. Selalu bergaul dengan orang yang salih dan banyak melakukan amal soleh.

9. Memberi ruang pada jiwa untuk menikmati perkara-perkara yang harus seperti bergurau, bermain dan berekreasi.

11. Selalu membaca buku sirah Anbiya’ dan sejarah orang-orang yang soleh. Ini kerana buku-buku tersebut mengandungi pelbagai teladan bagi setiap muslim.

12. Sentiasa mengingati mati dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti azab kubur dan hari kebangkitan.

13. Sentiasa membayangkan nikmat syurga dan azab neraka. Ini akan memantapkan lagi iman dan menguatkan semangat untuk memikul amanah ALLAH SWT.

14. Selalu menghadiri majlis ilmu. Ini kerana ia akan mengembalikan kerajinan pendengar untuk melakukan kerja-kerja Islam.

15. Memahami tasawur Islam dengan mengamalkan kesyumulan agama itu sendiri. Ini akan mengelakkan pemahaman yang cetek terhadap Islam.

16. Sering memuhasabah diri. Insyallah ia akan cepat menyedarkan kita daripada kealpaan.

INGATLAH, Kelesuan petugas-petugas Islam kini adalah akibat tidak memahami bahaya membiasakan diri dengan sifat malas sehingga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti futur. Syaitan akan segera mengambil kesempatan untuk melalaikan umat Islam sehingga jauh daripada janji kemenangan (nusrah) yang dijanjikan oleh ALLAH SWT.

Advertisements
Comments
  1. abdulfattah says:

    salam ziarah, syukran akh u ilmu yg sgt bermanfaat ini..smga kita smua tergolong dlm org2 yg thabat dlm pjuangan ini..amin

    • mhafezsabri says:

      Jangan putus doa kita pada Allah SWT mg kita diberi kekuatan utk istiqamah meneruskan amanah yang ditinggalkan Rasulullah SAW, BarakAllah ya Akhi .

  2. ummunaufal says:

    salam..sangat terkesan dengan tajuk ini…mohon copy paste..tq

    • mhafezsabri says:

      Jangan putus doa kita pada Allah SWT mg kita diberi kekuatan utk istiqamah meneruskan amanah yang ditinggalkan Rasulullah SAW, BarakAllah ya Akhi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s