Indahnya Ukhuwah Gerakan Islam Dunia

Posted: December 30, 2009 in Uncategorized
Tags:

Alhamdulillah baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk bertemu dengan beberapa “figure” gerakan Islam dunia, apa yang yang ingin saya bicarakan bukanlah keberadaan saya disitu, akan tetapi ingin menyatakan betapa gembira dan manisnya melihat ukhwah umat Islam yang tidak dapat diputuskan ini.

Lantas terus sahaja saya mengingati sebuah hadith yang bermaksud “Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.”

Sebenarnya bila kita luaskan pengembaraan dan lapangkan pemikiran kita, kita dapat melihat bahawa disetiap sudut dunia pasti ada sahaja mereka yang sedang berjuang menegakkan agama ALLAH SWT, belbagai cara yang digunakan namun matlamatnya sama iaitu MARDHATILLAH.

Bagi saya kita perlu berwaspada dengan akhlak persaudaraan umat Islam yang semakin renggang. Kita bimbang kebanyakan dari kita sudah tidak lagi diikat oleh persaudaraan yang hakiki iaitu persaudaraan berteraskan keimanan dan islam yang jitu terhadap ALLAH SWT, sebaliknya kini persaudaraan kita adalah berteraskan materealistik,kumpulan,kelab dan sebagainya sehingga menyebabkan dengan mudah musuh-musuh Islam menghancurkan Islam sedikit demi sedikit.

Justeru sama-sama kita meghayati maksud hadith ini yang bermaksud “Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.: Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu ALLAH SWT memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana ALLAH SWT.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan ALLAH SWT yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa ALLAH SWT telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana ALLAH SWT.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s