Seharian bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Posted: November 9, 2009 in Uncategorized

DSC_0023DSC_0008
DSC_0157

Alhamdulillah, ALLAH SWT, memberi keizinan untuk saya bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi ( Presiden PAS ) baru-baru ini, sememangnya perkara yang paling menggembirakan saya dalam kehidupan ini ialah bilamana dapat bertemu dan berdamping dengan alim ulama’ .

Bersandarkan hadith, Riwayat Ismail bin Abi ‘Uwais mengatakan: Meriwayatkan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Aas beliau mengatakan: Aku mendengar Rasulallah SAW bersabda:

Bahawasanya ALLAH SWT tidak mencabut (menghilangkan) Ilmu dengan mencabutnya daripada para Hamba; akan tetapi ALLAH SWT mencabut Ilmu dengan mematikan ‘Ulama sehingga tidak adanya seorang ‘Alim; (nescaya) orang menjadikan orang-orang yang jahil sebagai pemimpin; maka ditanyakan kepada mereka lalu mereka memberikan fatwa dengan tidak ada Ilmu pengetahuan; maka mereka sesat dan menyesatkan.

Ketika Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Al Fadhil Ustaz Shuid Din ( Ketua Dewan Ulama’ PAS Perak ) berusrah, saya juga ada bersama ketika itu, apa yang menakjubkan saya perbincangan antara mereka jelas begitu ilmiah dan penuh dengan buah-buah ilmu yang banyak, bermula dengan sirah perjuangan Anbiya’ dan kisah gerakan Islam Malaysia sehingga kepada kisah gerakan Islam dunia, mereka saling bertukar pandangan bersulamkan dalil Al Quran dan Hadith, ketika itu saya hanya mampu menjadi pendengar yang baik kerana dikesempatan itu saya berpeluang mendapatkan ilmu sebanyak mungkin dari dua Ulama’ Muktabar di bumi Malaysia ini.

Saya sentiasa memerhatikan pergerakan Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi, ketika berusrah, ketika berceramah, ketika makan, saya melihat akhlak beliau sangat tinggi, lantas tidak berhenti saya berdoa kepada ALLAH SWT, agar diberi kekuatan untuk saya istiqamah dalam perjuangan Islam dan bersama para alim ulama’ serta seluruh ahli gerakan Islam yang siddiq serta ikhlas dalam mendokong perjuanagan Islam yang mulia ini.

Di kesempatan bersama Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi, beliau sempat memberi pesanan khusus kepada saya supaya sentiasa beriltizam dengan PAS, dan sentiasa bertafaqquh dalam mencari ilmu, INSYAALLAH pesanan ini akan dipegang sebaik mungkin, agar saya terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

Saya sertakan tiga cadangan untuk bekalan buat kita sebagai generasi penerus perjuangan Islam :

1 Kita sebagai generasi muda perlulah sentiasa meningkatkan kualiti ruhiah kita untuk menjadi bekalan diri kita agar kita dapat mendidik generasi berikutnya.

2 Ketika kita melihat umat yang semakin menyimpang dari Islam, kita sebagai pemuda mesti melakukan perubahan atas perkara tersebut dengan kesungguhan dan istiqamah

3 Seorang pemuda itu harus mempunyai idealisme tinggi, berjiwa besar dan berani melakukan perubahan dimulai dari diri, keluarga dan masyarakat.

4 Pemuda sebagai dai’e yang terbaik, kita adalah dai’e, ini kerana semenjak kita lahir kita sudah punyai kewajiban untuk menjadi dai’e, yakni menyeru manusia kearah kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s