Bersama Murabbi Pergi Menunaikan Solat Jenazah

Posted: October 27, 2009 in Uncategorized

rumahabadi

Alhamdulillah, pagi subuh beberapa hari yang lalu, selepas saya menunaikan solat subuh, sempat saya berusrah dengan akhi aqil ( sahabat saya ), sedang kami membahaskan beberapa perkara penting berkenaan suasana umat Islam kini, tiba-tiba h/phone saya berdering, tertera diatas skrin nama murabbi saya Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain ( Pesuruhjaya PAS Perak)

” Assalamualaikum, ustaz hafez, ana baru dimaklumkan sebentar tadi sahabat kita di ayer tawar anaknya baru meninggal dunia, jadi kita akan kesana pagi ini untuk solat jenazah dan bertemu keluarga al marhum ”

Sesampainya saya di rumah keluarga al marhum, saya dimaklumkan al marhum berumur lingkungan 20 an, lantas tersentak hati saya ketika itu, terus fikiran saya mengingati firman ALLAH SWT ” Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” Al Imran :183

Masya ALLAH, sememangnya kematian itu bila-bila masa sahaja akan mendatangi kita, tak kira muda atau tua, persiapan untuk kehidupan akhirat wajib dilakukan dari sekarang kerana bilamana kita mati kelak tiada lagi amal ibadah dan segala suruhan ALLAH SWT untuk memperjuangkan Islam dapat kita lakukan, di akhirat bukannya tempat beramal tetapi tempat untuk segala amal didunia ini dihitungkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s