Berkongsi Ilmu dan Pengalaman

Posted: October 27, 2009 in Uncategorized
Tags:

SDC12512

Alhamdulillah, baru-baru ini saya bersama Al fadhil ustaz Misbahul Munir bermusafir bersama ke Lenggong Perak, turunnya kami ke sana adalah untuk menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat berkenaan isu semasa di Perak , situasi sebenar politik Perak sememangnya sangat perlu di sampaikan kepada rakyat, agar rakyat dapat mengetahui siapa yang berada di pihak yang benar.

Semasa dalam perjalanan ke Lenggong saya mengambil kesempatan untuk menimba pengalaman yang beliau tempuhi sepanjang berada dalam jemaah Islam PAS ini.

Bermula dengan kisah beliau di Universiti Malaya sehinggalah kini. Ketika di kampus pernah memegang amanah sebagai presiden PMIUM 1986/1987 beliau adalah antara tokoh utama yang mengerakkan masyarakat kampus ketika itu. Selepas meninggalkan alam mahasiswa, beliau telah menceburkan diri secara aktif dalam jemaah PAS, antara amanah yang pernah dipikul beliau ialah sebagai Ketua Pemuda PAS kawasan Tapah, EXCO Dewan Pemuda PAS Perak, Ketua Pemuda PAS Perak, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Yang Di Pertua PAS kawasan Bagan Dato, Ketua Penerangan PAS Perak, Setiusaha Lujnah Penerangan PAS Pusat, dan kini sebagai Setiusaha Badan Perhubungan PAS Perak.

Sepanjang perjalanan itu banyak ilmu dan pengalaman dikongsi dengan saya, sememangnya saya melihat nikmat istiqomah itu sangat penting dalam perjuangan Islam ini. Semoga kita beroleh nikmat istiqamah ini, kita tidak perlu bimbang kerana ALLAH SWT akan menolong kita. Firman Allah SWT ” Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman itu berserah diri. Surah Al Imran: 160.

Comments
  1. elmuzakkir says:

    teruskan perjuangan

  2. Hafriz says:

    Salam…

    Sy ucap terima kasih banyak2 pd abg Hafez, sebab walaupun abg sibuk dgn urusan luar..tp abg tetap curi2 masa utk buat usrah dgn kami kt KPPuk. Semoga penat lelah abg mndapat redha dr ALLAH.

    ..Semoga perjuangan abg bersama dgn sahabat2 yg lain, akan sampai pd matlamatnya. Kalau boleh, pimpin erat2 kami yg masih d peringkat bawahan ni bersama teguh dlm perjuangan.

    Kalau ada masa..singgahlah ke blog sy,
    http://perisaimahkotasufi.blogspot.com

    Tanya ckit..ustaz mujahid yg abg mksudkan kt post ‘baitul muslim’ tu, dulu dia skolah kat Maahad Muhammadi ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s