Kesukaran itu Memberi Kekuatan Daya Fikir dan Daya Bergerak

Posted: October 17, 2009 in Uncategorized
Tags:

prof_zulkifli

Alhamdulillah, semalam diberi peluang untuk saya memberi kuliah di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar Perak. Sesampainya saya di tempat kuliah, semangat saya untuk terus berdakwah menyeru manusia kearah kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran semakin tinggi, ini kerana berdepan dengan tempat kuliah saya terletaknya kubur tempat persemadian jasad seorang ulama’ muktabar yang mulia di bumi Malaysia ini. Pemikiran saya pada tika itu menjadi semakin aktif memikirkan sorotan perjuangan yang pernah dilalui oleh Al Marhum.

Terdapat dua pengajaran penting pada diri saya selepas mengenangkan jasa Prof Dato’ Dr Zulkifli Muhammad, pertama kehidupan yang dipinjamkan oleh ALLAH SWT, kepada kita sebagai insan yang diberi keistimewaan beraqidah Islam wajiblah digunakan sepenuhnya untuk menegakkan kalimah ALLAH SWT, meskipun jalan yang dilalui sangat sukar dan penuh dengan halangan yang sedia menanti, kedua kehidupan kita didunia ini hanya sementara, apabila sampai masanya kita akan kembali kepada ALLAH SWT semula, maka amatlah rugi orang-orang yang tidak mewakafkan dirinya untuk ALLAH SWT.

Disini kita kongsikan bersama perjalanan hidup Jundullah Al Marhum
Prof Dato’ Dr Zulkifli Muhammad, untuk dijadikan contoh bagi diri kita

Prof Dato’ Dr Zulkifli Muhammad adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Bachok, Kelantan pada 1959-1964.

Dilahirkan pada 22 Mac 1927 oleh ibunya, Arbaayah Muhammad di rumahnya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Dalam usia beberapa bulan, Zulkifli telah diserang penyakit polio yang menyebabkan sebelah tangan dan kakinya cacat. Tetapi kecacatan inilah yang menjadikan beliau begitu cekal sehingga muncul sebagai tokoh ternama. “Aku sukakan kesukaran, kerana kesukaran itu memberi daya fikir dan daya bergerak”, kata Zulkifli yang menyifatkan kecacatannya sebagai jambatan kejayaan.

Pendidikan

• Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit hingga tamat Darjah 5. Pada masa yang sama, beliau belajar bahasa Inggeris dengan Mr. Rathnam pada sebelah malam.
• Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat Madrasah Aziziah’ dalam bidang agama dan bahasa Arab sehingga tahun 1937.
• 1940, memasuki Sekolah Agama Idrisiah, Bukit Chandan,Perak.
• 1947, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya ke American University, Mesir.
Kegiatan ilmiah

• 1951-Penasihat Lembaga Pembangunan Sastera, Perak.
• 1954-Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang.
• 1955-Ketua bahagian politik dalam Kongres Pemuda Melayu.
• Beliau diantara pimpinan Pelajar Melayu ketika beliau menuntut di Mesir

Politik

• 1956-menyertai parti Islam Setanah Melayu (PAS)
• 1959-Memenangi pilihan raya Umum 1959 bagi Kawasan Parlimen Bachok, Kelantan.
• 1956- dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (sekarang Parti Islam Se-Malaysia) ketika Dr Burahnuddin Al Helmy dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS.

Beliau seorang pemidato yang hebat dan disegani kawan & lawan. Beliau mencipta rekod berucap di parlimen selama 4 jam. Di Parlimen beliau banyak membangkitkan isu-isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirby dan Brinsford di United Kingdom.
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Prof Zulkifli:
“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”

Kematian

Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6hb Mei 1964. Beberapa jam sebelum itu beliau sempat menyampaikan amanat kepada pimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di Dewan PAS Kelantan di Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu, Kelantan yang dikenali ‘Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad’. Beliau disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar,Perak.

Sempena mengenang jasanya kepada parti, dewan di Pejabat PAS Kelantan di Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu (Tempat Tuan Guru Dato’ Haji Nik Ab Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Pagi Jumaat sekarang) dinamakan’Dewan Zulkeflee Muhammad’ bersempena nama beliau. Beliau juga dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Kelantan oleh Sultan Kelantan,Sultan Yahya Petra yang membawa gelaran ‘Dato’ pada 11 Julai 1964.Beliau juga dianugerahkan gelaran ‘Profesor’ dari Universitas Walgading, Indonesia sewaktu beliau masih berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.

Jasa & sumbangan

• Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.
• Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.
• Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan. • Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953),
• Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
• Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za’ba.
Buku & Rencana
Prof Zulkifli Muhammad juga menghasilkan beberapa buku dan rencana. Antaranya;-

Buku
• Masyarakat dan Syariat
• Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup
• Pegangan Hidup Umat Islam

Rencana
• Falsafah Akhlak dalam Islam
• Umat Islam Sekarang makin Mundur
• Peranan Filem Dalam Masyarakat
• Economic Justice
• Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s