Bergegas dan bertugas di Bagan Pinang

Posted: October 7, 2009 in Uncategorized
Tags:

IMG_0049

SDC11891

Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk saya turun ke Bagan Pinang untuk bersama bekerja memastikan kemenangan Islam di sana.

Melihat kepada konteks Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, kita dapat mengaitkan ianya dengan sirah Nabi Muhammad S.A.W tentang peperangan yang pernah berlaku di dalam bulan Syawal, iaitu Perang Ahzab. Peristiwa yang berlaku di dalam bulan Syawal pada tahun ke-5 Hijrah itu, hanya melibatkan 3000 orang tentera dibawah pimpinan Rasulullah SAW sendiri dan seramai 10000 orang tentera musyrikin yang membentuk barisan tentera Ahzab. Peperangan ini menyaksikan 2 perkara yang penting di dalam mana-mana pertempuran dan perlu bergerak seiringan, iaitu kebergantungan kepada Allah SWT dan juga kebijaksanaan merancang strategi.

Sebagai pendokong gerakan Islam kita perlu memahami bahawa Peperangan Ahzab yang seringkali disebut dalam takbir hari raya, jelas menunjukkan hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa dalam menentukan kalah menang dalam satu perebutan kuasa. Di dalam peperangan Ahzab, Allah SWT, telah mengurniakan ribut taufan yang memusnahkan segala peralatan perang dan bekalan tentera musyrikin.

“Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang tentera-tentera, lalu Kami kirmkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” – Surah a-Ahzab ( 33 : 9 )

InsyaALLAH, dengan doa dan gerak kerja dari seluruh pencinta kebenaran akan menghasilkan satu kemenangan buat seluruh umat Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s