Jangan Cemari Eidul Fitri dengan sebarang kemaksiatan

Posted: September 27, 2009 in Uncategorized
Tags:

hari-rayaDaripada Anas r.a berkata: Selepas Nabi s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu baginda bersabda, “Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman jahiliah, dan sesungguhnya Allah telah menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: hari raya korban dan eidul fitri”. (Hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’ie) Hari Raya adalah ibadat. Bagaimanapun dalam keseronokan meraikannya ramai yang terlupa batasan yang ditetapkan oleh syarak.

Hari Raya adalah hari kebesaran Islam untuk kita bergembira dalam suasana ibadat. Bagaimanapun, jangan kita jadikan Hari Raya sebagai tiket menghalalkan apa sahaja. Kita kena jaga batasan yang ditetapkan oleh Islam.

Kita perlu menjaga adab bertamu ke rumah orang, masuk dengan ucapan salam dan menundukkan pandangan. Jangan terlampau ghairah melihat ke sana-sini.

Batas pergaulan dan aurat wajib dijaga. Jika yang datang itu lelaki bukan mahram, maka jangan pula si gadis bersalam dengannya atau pun membuka aurat.

Memadai hanya mengucap tahniah dan bermaaf-maafan tanpa bersalam. Rasulullah SAW, juga tidak pernah bersalam dengan wanita yang bukan mahram semasa baiah (membuat perjanjian).

Jangan pula timbul rasa bangga diri atau sombong kerana kita mempunyai kereta baru atau perabot yang baru.

Paling utama, hendaklah kita menjaga had atau batas dalam menikmati juadah hari raya. Jangan makan terlalu banyak. Ingatlah firman Allah, …makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-A’raf: 31)

Seperkara lagi, jangan pula kita dilalaikan dengan menyambut tetamu sehingga tidak menunaikan solat. Kalau kita beraya dan meninggalkan solat fardu maka kita melakukan maksiat dan ia tidak lagi menjadi ibadat.

Dalam Islam, Hari Raya Aidilfitri adalah sehari. Jadi amat rugi jika kita menghabiskannya dengan hanya menonton tv. Rancangan tv sememangnya banyak melalaikan kita dari beribadah kepada Allah SWT, gerak kerja dakwah pun terkadang banyak tertangguh disebabkan masa kita banyak dihabiskan dihadapan tv, oleh itu kurangkan tengok tv, dan jika boleh tinggalkan rancangan2 yang langsung tidak mendekatkan kita dengan Allah SWT,Islam benarkan kita berhibur tetapi jangan sampai ia melalaikan.

Sepatutnya kita mengambil peluang hari raya untuk berziarah dan bermaaf-maafan. Bukan pula maknanya, hari raya sahaja masa untuk memohon maaf.

Cuma apabila pada hari lebaran ini kita dapat berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara maka ia seolah-olah menjadi masa paling sesuai bermaafan.

Bermaafan ini adalah sifat orang yang bertakwa. Malah Rasulullah juga adalah sangat pemaaf walaupun kepada kaum kafir Quraisy yang sentiasa menyakiti baginda Rasulullah SAW.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s