Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim

Posted: September 17, 2009 in Uncategorized

DSC_0072

Alhamdulillah, baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk bersama-sama PAS kawasan Sungai Siput, untuk meraikan anak-anak yatim disana.

Program berjalan dengan sangat baik, kehadiran jemputan menepati sasaran dan adik-adik anak-anak yatim ternyata sungguh gembira diraikan sebegitu rupa, gembira hati saya melihat adik-adik ini diraikan.

Dalam majlis tersebut saya diberi peluang pihak penganjur untuk memberikan ucapan sekaligus merasmikan program dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis itu.

Banyak ilmu yang dipelajari dalam program tersebut, saya selaku orang yang paling muda berhadapan dengan ramai insan yang lebih hebat dan berpengalaman dalam masyarakat dan ada juga individu yang bertaraf wakil rakyat dalam program tersebut, akan tetapi saya diminta untuk merasmikan program tersebut, mungkin semua ini adalah tarbiyah dari Allah SWT kepada kita selaku orang muda yang sememangnya perlu berjiwa besar dalam menggerakkan masyarakat.

Semoga, adik-adik anak-anak yatim yang diraikan pada program tersebut dapat merasakan kegembiraan dalam menyambut aidil fitri ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s