Menggerakkan Program “Kami Bersamamu Palestin” di Perak

Posted: September 17, 2009 in Uncategorized
Tags:

DSC_0163

Alhamdulillah, Syeikh Mahmud Siyam (Bekas Imam Masjid Al Aqsa) dan sekarang reaktor Universiti Islam Palestin telah berkunjung ke Perak baru-baru ini. Kunjungannya adalah untuk menyampaikan realiti sebenar umat Islam di Palestin kepada umat Islam Perak dan Malaysia umumnya bagi membantu perjuangan rakyat di Palestin menentang regim ganas yahudi laknatullah.

Saya ditaklifkan oleh dewan Ulama’ dan Dewan Pemuda PAS Perak untuk menguruskan ceramah umum Syaikh Dr Mahmoud Siyyam di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh, agak sukar untuk mobilasi rakyat Perak turun ke program tersebut, namun Alhamdulillah hasil dari bantuan para sahabat, program yang disusun berjalan dengan baik, sememangnya banyak perbezaan menggerakkan aktiviti dakwah di kampus dan di lapangan masyarakat umum, sememangnya gerak kerja dakwah diluar kampus lebih mencabar dan memerlukan keyakinan dan istiqamah yang tinggi, kerana dalam masyarakat umum kita akan berdepan dengan pelbagai realiti kehidupan manusia.

Saya sempat untuk bersama dengan Syaikh dan mendengar secara terus penerangan beliau mengenai perkembangan terkini Palestin, menurutnya Yahudi cukup gentar dan takut dengan intifadhah rakyat Palestin yang dipimpin oleh gerakan HAMAS,Yahudi tidak kuat sebenarnya, hanya kerana di belakang mereka Amerika yang menjadi sekutunya yang paling akrab menjadikan Yahudi bebas melakukan kezaliman. Sementelah pula rakyat Palestin tidak bersatu sepenuhnya menentang Israel.

Beliau juga melaporkan bahawa tindakan umat Islam memboikot semua produk Yahudi dan Amerika memberi kesan yang berat ke atas ekonomi Israel, beliu menyeru umat Islam meneruskan pemboikotan semua barangan keluaran Amerika dan Yahudi.

Alhamdulillah Syaikh diberi penghormatan mengimami Solat Tarawikh di Masjid Negeri, dan menyampaikan ceramah Perdana di Dewan Bandararaya Ipoh dengan dihadiri lebih 1000 orang. Hampir 50 ribu ringgit berjaya dipungut pada malam itu untuk disumbangkan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s