Hilang keletihan jumpa sahabat seperjuangan

Posted: August 21, 2009 in Uncategorized

P1040968

Alhamdulillah, baru-baru ini diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk saya bertemu sahabat-sahabat seperjuangan di Universiti Malaya.

Meskipun agak padat jadual saya hari tersebut dengan program yang tersusun padat dari awal pagi hingga ke malam, paginya berada di Pasir Salak, menghadiri jemputan Bulan Kebajikan PAS Perak,tengaharinya bergegas ke Ipoh program Hi-Tea bersama profesional haraki,disambung pula selepas itu program bersama bloggers PAS Perak dan petangnya ada program di Matrikulasi Gopeng sehingga jam 6.30 petang dan malamnya perlu menghadiri liqo’ mahabbah bersama sahabat-sahabat seperjuangan di U.M, walau agak kepenatan namun wajah sahabat-sahabat seperjuangan U.M, sentiasa berlegar di ruang minda, tanpa membuang masa terus saja saya pergi ke Medan Gopeng untuk mendapatkan tiket bas ke K.L, Alhamdulillah meskipun sampai di K.L dalam jam 10, akhirnya dapat juga bersama para sahabat seperjuanagn dalam majlis Liqo’ Mahabbah meneruskan agenda perjuangan Islam selepas alam kampus.benarlah Firman Allah SWT, ”Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Q.S. At-Taubah; 9:41)

Dikesempatan ini saya berpesan pada diri saya para sahabat, tetapkanlah pendirian kita, istiqamah dalam mendokong perjuangan Islam, Kemenangan Islam semakin hampir.kita generasi penerus perjuangan para Nabi dan Rasul.

Advertisements
Comments
  1. Hamzah Teluk Intany says:

    Assalamualaikum. Syukran buat mu atas taujihat dan mau’izhoh yang dititipkan. Sungguhlah bagai yang di kata bahawa pendidikan itu marhalah tak berpenghujung, pendidik dan yang di didik tak terpisahkan. Teruslah menapak dengan langkah yang berterusan di medan ilmu dan dakwah ini kerana pentingnya menyampaikan ilmu sudahlah sedia maklum diketahui, demikian para ahlinya berkata: ”Tidaklah disebut (sebagai) alim orang yang mengetahui kebenaran dan kejelekan. Tetapi, orang alim sejati ialah orang yang mengetahui kebaikan dan mengikutinya, serta mengetahui kejelekan dan menjauhinya”, dan “barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan susurkan pula baginya jalannya ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayap-sayapnya kepada mereka kerana redha kepada penuntut ilmu itu dan segala yang ada di langit dan di bumi akan memohon ampun untuk orang yang berilmu, sehinggakan ikan yang berada di laut pun akan memohon ampun untuk mereka, dan keutamaan antara orang yang berilmu dengan seorang ahli ibadah itu bagaikan sinar rembulan yang lebih menerangi daripada sekelian bebintang, dan para ulamak itu adalah pewaris para nabi, dan para nabi itu tidaklah mereka mewariskan wang emas walau wang perak,sesungguhnya mereka mewariskan ilmu, barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah mengambil keuntungan yang banyak” 
riwayat Imam At-Tirmizi. Selamat berpuasa dan buat ukhuwwah yang di jalin semula ini, daku hadiahkan puisi buatmu: ramadan petugas tuhan,
    setahun sekali menyambut taulan,
    menjamu rezeki muslim pilihan,
    bekal rohani di dunia sepekan,

    kata guru:
    “sucikanlah hatimu, seperti sucinya bejana buat isian juadah ramadan, apalah asyiknya jamuan jika dicicip bersama kotoran”.
    Sahabatmu dari yaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s