Alhamdulillah, ukhwah dikalangan kami menghasilkan himpunan ini

Posted: August 6, 2009 in Uncategorized

DSC_0344

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Himpunan Pemuda Pakatan Bubar Dun Perak mencapai sasaran kehadiran apabila lebih 5,000 pemuda seluruh Perak membanjiri Dewan Haji Wahab Nor, Masjid Tinggi.

Himpunan ini bertujuan mendesak pembubaran DUN Perak dan melancarkan gerak kerja pemuda menghadapi pilihan raya. Pelancaran gerak kerja pemuda ini disempurnakan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasharudin Tantawi.Beliau berbangga dengan kebangkitan pemuda di Perak dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.“Pemuda mesti bersedia mewakafkan diri untuk perjuangan dan tidak gentar dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO,” Ucap Ustaz Nasharuddin.Turut memberi ucapan adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin. Beliau menyelar tindakan UMNO yang terbukti zalim, melanggar undang-undang serta memperalatkan SPRM, Polis dan SPR “Mereka rampas semua, rampas negeri, rampas dewan dan yang terbaru merampas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. “Pemuda mesti bangun menentang kezaliman Umno ini ,” katanya dalam ucapan berkenaan.Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad yang turut memberi ucapan berkata, himpunan ribuan pemuda ini menjadi syarat kejatuhan UMNO pada pilihan raya akan datang.meurut beliau, UMNO akan jatuh dan kejatuhan UMNO berpunca dari tindakan mereka sendiri. “Kezaliman yang dilakukan oleh UMNO akan meruntuhkan UMNO sendiri. “UMNO juga akan jatuh di tangan orang yang beriman yang memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman,” kata beliau. Katanya, kehadiran pemuda yang ramai menyebabkan ramai yang terpaksa berada di luar dewan bagi mengikuti atur cara himpunan. Himpunan ini juga mengumpul tandatangan pemuda Perak mendesak pembubaran DUN Perak

Turut hadir dan berucap dalam himpunan ini adalah Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin, Pengarah Pilihan raya Pas Perak Haji Asmuni Awi dan Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Zawawi Abu Hasan.Tetamu yang turut hadir pada program berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol Haji Ramli Tusin, ADUN Selinsing Haji Husin Din, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, dikesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dalam pemuda negeri dan pusat kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menggerakkan agenda rakyat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s