Himpunan GMI, pengalaman berharga buat saya

Posted: August 4, 2009 in Uncategorized
Tags: ,

Bersama bendahari PAS Perak

Alhamdulillah, minggu sabtu lepas saya diberi kekuatan dari Allah SWT untuk saya turun bersama seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan ke himpunan Gerakan Mansuhkan I.S.A.

Mengharungi kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini.Namun, inilah yang dikatakan ISA.

Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.

Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia di mana anda ditempatkan.

Alhamdulillah, saya dapat bersama lautan rakyat dalam menyatakan penolakan mereka terhadap akta zalim ini, saya bertolak dari ipoh bersama pimpinan PAS negeri Perak, kami sampai di KL kira-kira jam 11.30 pagi, kami terus ke sogo untuk mulakan langkah untuk berhimpun, di sogo saya melihat banyak polis sedang memerhatikan gerak geri pelik manusia sekeliling, dalam masa yang sama manusia sekeliling juga sentiasa melihat gelagat polis yang ditugaskan di sekitar sogo, saya rasa seolah-olah berada di alam lain, apabila melihat bagai ada yang satu jurang yang besar antara pasukan keselamatan dengan rakyat jelata, pada tika itu rakyat jelata tidak  lagi melihat polis sebagai pelindung keselamatan diri mereka, sebaliknya mereka melihat polis yang akan melakukan jenayah terhadap mereka.

Ketika menunggu masuk waktu zuhur, saya bersama rombongan tentera rakyat dari Perak, berlegar disekeliling pertama complex dan sogo,  sempat juga kami melihat beberapa aktivis rakyat yang ditahan tanpa sebab sebelum apa-apa riak himpunan berlaku, hati dan jiwa saya pada waktu tersebut sudah mulai tercabar melihat golongan marhaen diperlakukan begitu rupa, ikutkan semangat hendak saja saya pergi bantu mereka, tetapi disebabkan arahan pimpinan supaya jangan bertindak bersendirian tanpa mendapat sebarang arahan jadi saya undurkan langkah demi kemaslahatan rombongan kami, mungkin disebabkan saya masih muda jadi semangat itu agak tinggi, namun dengan nasihat dari mereka yang lebih tua dan lebih berpengalaman, saya rasakan ianya satu hikmah yang perlu ditimba.

Setepatnya pukul 2 petang saya dan rombongan dari Perak terus meluru masuk kedalam gerombolan rakyat, pada tika itu salah seorang pimpinan diklangan sempat membisikkan ke telinga saya ” Hafez sekarang dah pukul 2, mengikut arahan pusat himpunan akan dimulakan waktu ini jadi kita akan mula bergerak, kita akan ikut pimpinan dihadapan”  sungguh mendalam kata-kata tersebut bagi saya, dalam keadaan agak kelam kabut, konsep patuh pada arahan pimpinan masih dipraktikkan, memang benar bila kita bersama dengan mereka yang lebih berpengalaman maka kita akan terdidik dengan baik dan adab sebagai ahli gerakan Islam sentiasa diamalkan.

Alhamdulillah, dalam perhimpunan tersebut saya berjumpa ramai teman-teman seperjuangan ketika di kampus dahulu, rasa rindu suasana berdemontrasi bersama ketika di kampus, pada waktu itu saya tidak memikirkan sangat apa yang akan terjadi pada diri,  yang penting kerjasama dan ukhwah antara sahabat-sahabat menjadi perisai buat saya.

Alhamdulillah mudah-mudahan kita akan bertemu lagi pada beperapa siri himpunan rakyat pada masa akan datang, Teruskan memacu langkah kita gerakkan rakyat, Kejayaan itu pasti datang.

Advertisements
Comments
  1. assalamualaikum.
    eh, sjak bila aktif ber’blogging nie?~yg xtahan, layout hampa sama ja.haha. header pun sama.

    buat la artikel panas skt~paradigm-shift kpd gerakan, boring la blog a la diary ni..

    -ikhlas dr P.J- 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s