Saya Sangat Sukakan Usrah

Posted: August 2, 2009 in Uncategorized

SDC10821

Sahabat-sahabat sekalian cuba kita lihat, dakwah As Syahid Imam Hasan al-Banna bermula di tempat manusia menhabiskan masa mereka dengan tidak terurus . Seperti yang kita ketahui, Al-Banna pun memulakan dakwah di kedai-kedai makan, kedai kopi, tempat di mana berkembangnya budaya lepak dengan begitu berleluasa. Ceramah dan khutbah di masjid saja tidak cukup menyekat arus kemungkaran dalam masyarakat.

Lebih ramai orang-orang yang memerlukan seruan dakwah, tetapi mereka sukar menuju ke masjid dengan sebab perawakannya yang menyebabkan mereka sendiri sukar menuju ke masjid.

Negara Islam terbina oleh masyarakat Islam bawahan yang perlu diislamkan sepenuhnya. Cabaran hari ini ialah bagaimana mahu mengislamkan orang Islam daripada sudut jiwa serta pemikirannya

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya ditemukan dengan banyak anak muda  yang aktiviti harian mereka kebanyakannya dihabiskan dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah, pada mulanya saya berasa agak bimbang jika seruan dakwah yang saya cuba sampaikan tidak diterima mereka, namun apabila tersentak dengan dalil-dalil Al Quran, hadith, sirah serta beberapa kisah liku-liku dakwah tokoh-tokoh gerakan Islam mutaakhir ini, maka  saya terus membuang perasaan tersebut jauh dari diri saya. Apabila ramai dikalangan penduduk setempat  yang mengetahui saya sudah menmatkan pengajian di Universiti, maka saya telah dijemput kebanyakan tempat untuk saya menyampaikan kuliah, samada kuliah subuh, asar, maghrib  dan tidak ketinggalan juga ceramah-ceramah umum  yang diadakan pihak penganjur. Bermula dari sinilah saya mula didekati anak-anak muda, dimana sahaja saya memberikan kuliah pasti ada anak-anak muda yang akan bertemu dengan saya selepas habis kuliah, mungkin kerana umur saya lebih kurang dengan mereka dan mungkin perasaan untuk berkongsi pengalaman antara kami menjadi lebih mudah, Alhamdulillah saya diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk mengajak anak-anak muda yang bertemu dengan saya supaya mereka mengikut usrah-usrah yang saya adakan khusus untuk mereka, masa jika nak dibahagi-bahagikan memang tidak cukup, komitmen kerja sebagai setiusaha politik, exco pemuda PAS Perak, ajk pemuda kawasan serta ketua pemuda cawangan memang banyak menguji istiqamah saya dalam perjuangan ini, belum lagi dicampur dengan komitmen dengan badan-badan ngo,serta urusan peribadi.

Alhamdulillah saya sangat suka kepada usrah kerana disitu saya dapat menggarap kekuatan untuk terus istiqamah dalam perjuangan , mengukuhkan lagi ukhwah sesama sahabat serta menambahkan lagi ilmu saya dari segala sudut, saya mempunyai banyak usrah antaranya usrah bersama adik-adik sekolah rendah, adik-adik sekolah menengah, sahabat-sahabat universiti, golongan remaja bermasalah, pemuda-pemuda bermasalah, pakcik-pakcik yang anggaran lingkungan umur mereka 45-60 an, usrah cawangan, kawasan, negeri, dan usrah pimpinan, namun dalam banyak-banyak usrah yang saya ada usrah yang paling mencabar bagi saya ialah usrah bersama sahabat-sahabat anak muda yang mempunyai berbagai masalah kehidupan dan mereka tercari-cari jalan keluar untuk mereka kembali kepangkuan Islam.

Alhamdulillah, saya bersama-sama dengan anak-anak muda ini lebih kurang dua bulan banyak perubahan yang dapat saya lihat pada diri mereka,tarbiyah yang saya cuba garapkan bermula dengan bacaan iqra’ 1 dan kini bacaan Al quran sahabat-sahabat saya ini sudah semakin baik, ilmu-ilmu asas feqah dan aqidah juga saya terapkan secara tersusun, kesungguhan yang ada pada diri mereka untuk mengamalkan cara hidup Islam sangat tinggi, mungkin kerana itu Allah SWT, telah memberikan hidayah pada mereka sedari mereka muda lagi.

Alhamdulillah, kesungguhan mereka dalam mengejar ilmu islam sangat tinggi, terkadang tidak sempat saya hendak follow up, terkadang mereka yang follow up saya, “ustaz jangan lupa minggu ni kita usrah, kami semua tak sabar jumpa ustaz, jika masa ustaz sangat sibuk kami faham,kami tak kisah pukul berapa pun ustaz nak adakan usrah kami sanggup tunggu, meskipun pukul 1 atau 2 pagi”, kita bermohon kepada Allah SWT, agar kita semua  diberi taufiq dan hidayah untuk kita terus  istiqamah dalam melaksanakan amanah perjuangan Islam ini.

p/s: Gambar diatas diambil pada pukul 2 pagi, di kedai kasut salah seorang ahli usrah saya, ini antara salah satu usrah saya dengan  sahabat-sahabat pemuda yang baru bermula hendak mendalami ilmu Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s