Berforum bersama Tokoh-tokoh

Posted: July 27, 2009 in Uncategorized
Tags:

SDC10789

ALHAMDULILLAH,jumaat lepas saya diberi peluang oleh Allah S.W.T, untuk berforum bersama tokoh-tokoh yang hebat, Forum di anjurkan oleh Ma’had Al Mizan, Manong Perak, para panel yang terlibat ialah, Al Fadhil Ustaz Tajuddin mudir sebuah pondok di Batu Kurau, juga penggerak da’wah yan sangat aktif di seluruh tanah air, beliau lulusan Syiria, dan Pondok Fathani, juga pernah belajar dibeberapa negara timur tengah, panel kedua Al Fadhil Ustaz Nuri Al Amin, pensyarah dari UTP, beliau lulusan Al Azhar Mesir, seterusnya menyambung pelajaran peringkat sarjana di Jordan, dan kini sedang meneruskan pengajian iperingkat Doktor Falsafah di Universiti Malaya, Panel seterusnya ialah, C.N Afghani, seorang mujahidin yang pernah mewakafkan dirinya untuk berjihad dibumi Afghanistan, beliau juga merupakan bekas tahanan I.S.A selama beberapa tahun.

Tajuk forum yang kami bawa ialah “HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID”, sekali lihat kepada tajuk macam-macam yang akan kita gambarkan,:), Alhamdulillah kupasan ilmiah yang diberikan oleh para panel amat menakjubkan. Saya terkesan dengan kupasan Alfadhil Ustaz Tajuddin yang menyatakan,kita sebagai umat Islam perlu sentiasa berdoa’ kepada Allah S.W.T, agar diberikan syahid kepada kita, kemulian mereka yang mati syahid sangat mulia, benarlah Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur.”, saya juga terkesan dengan pengalaman yang diceritakan oleh C.N AFGHANI, beliau menceritakan keaadan sebenar ketika beliau berjihad dibumi Afghanistan, terasa sangat jauh pengorbanan beliau berbanding diri saya yang lemah lagi hina ini,beliau juga ada menceritakan pengalaman beliau ketika berada didalam tahanan I.S.A, memang sangat memeritkan, banyak pengalaman yang beliau perolehi dan beliau sempat memberikan semangat kepada saya dengan satu kata-kata yang terkesan pada hati saya ” Hidupkanlah usrah dengan keimanan,kukuhkan ukhwah dengan kebersamaan dalam perjuangan, serahkan hidup ini pada Allah S.W.T sepenuhnya”

Mudah-mudahan dengan pertemuan kami pada malam forum tersebut akan mengukuhkan lagi istiqamah diri ini dalam perjuangan yang mulia ini.

Advertisements
Comments
  1. Aliff Bin Basri says:

    Salam…

    Bila lagi enta nak jadi ahli panel?hehe

    Moga terus istiqamah, akhi…sahabatku dunia akhirat…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s