Sepentas Bersama DS Haji Mohamad Nizar

Posted: July 17, 2009 in Uncategorized
Tags:

CIMG0755

   Alhamdulillah, semalam saya bersama DS Haji Mohamad Nizar sepentas berceramah di Parit Buntar, banyak pengalaman yang diperolehi, DS sepertibiasa membawa isu Kedaulatan rakyat Perak dan saya membawa isu kebangkitan anak muda generasi baru serta kupasan isu-isu semasa yang melanda Negara kita, hadirin yang hadir dianggarkan lebih dari 5,000 orang kemungkinan lebih dari itu.

   Sebelum berceramah seperti biasa kami menjamu selera yang disediakan pihak penganjur, bukan main sedap lagi sotong masak pedas dan kari ikan keli yang disediakan :), penduduk Parit Buntar sangat mesra dan meraikan kehadiran saya meskipun saya seorang anak muda yang baru belajar merangkak dalam perjuangan membela rakyat.

Isu-isu yang sempat saya dan DS Hj Mohamad Nizar kupaskan adalah berkaitan, Isu ISA, Akta Rahsia Rasmi OSA, AUKU, Akta Media Cetak dan Penerbitan 1984, Bahasa, Sistem Kehakiman. Rakyat Parit Buntar menyambut baik kupasan kami, bahkan dikalangan anak muda Parit Buntar kembali bersemangat melihat kebangkitan suara anak muda sudah di dengari rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s