Ziarah Ilmiah bersama Mufti Perak

Posted: July 13, 2009 in Uncategorized
Tags:

SDC10616

    Jumaat lepas saya dan beberapa sahabat seperjuangan di bumi Perak ini telah mengadakan pertemuan (usrah) dengan Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Harussani Zakaria bagi menjelaskan pendirian dan hasrat kami selaku pemuda Islam berkenaan dengan isu-isu Islam yang berlaku dewasa ini.

   Pertemuan yang berlangsung di pejabat Mufti hampir dua jam ini banyak menyentuh isu berkaitan permasalahan yang melanda ummah yang semakin meruncing.

   Di akhir pertemuan itu kami juga sempat menyampaikan suara majoriti rakyat untuk disampaikan kepada beliau selaku Ulama’ yang menjadi rujukan rakyat di Perak, bahawa majoriti rakyat inginkan kestabilan politik dan ekonomi di negeri ini kembali kukuh dan stabil dengan menuntut agar dibubarkan DUN Perak seberapa segera, bagi mengembalikan semula hak rakyat.

Suka saya berkongsi satu sirah yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, Semasa Perang Badar, Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersetuju dengan pendapat yang benar, tanpa mengambil kira pendapat baginda sendiri. Baginda hanya cukup mengambil satu pendapat (yang berasal dari satu orang) tatkala pendapat tersebut adalah benar/tepat. Ketika Rasulullah SAW dan kaum Muslimin sama-sama singgah di sebuah tempat berdekatan dengan mata air di kawasan Badar, Hubab bin al-Munzhir R.A keberatan untuk berkhemah di tempat tersebut, lalu ia berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, apakah bahawa tempat singgah ini telah diwahyukan oleh Allah SWT kepadamu sehingga tidak ada hak bagi kami untuk maju mahupun mundur darinya? Ataukah ini (hanya) merupakan pendapat, peperangan dan tipu daya sahaja? Kemudian Rasulullah SAW menjawab: ‘Ia adalah pendapat, peperangan dan tipu daya’. Maka Hubab bin al-Munzhir berkata, ‘Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya ini bukanlah tempat singgah yang sesuai’. Kemudian dia terus menunjukkan suatu tempat (yang lebih sesuai). Rasulullah SAW langsung berdiri dan bergegas bersama-sama dengan yang lain ke tempat yang dikemukakan oleh Hubab bin al-Munzhir.”, sesuai dengan apa yang disabdakan sendiri oleh Rasulullah SAW “Ia merupakan pendapat, peperangan dan tipu daya”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s