Terima Kasih kepada Sahabat-Sahabat BT

Posted: July 9, 2009 in Bicara Santai

Alhamdulillah,
di kesempatan ini suara hati saya ingin ucapkan terima kasih pada sahabat seperjuangan  BT (Baitul Tarbiyah) yang banyak membantu saya. Jika saya ke Kuala Lumpur maka BT yang akan menjadi tempat persinggahan utama saya.

Buat Hasbie (Presiden ECONS Malaysia) terima kasih kerana banyak membimbing saya dalam pentadbiran dan menjadi pakar rujuk saya, Faisal (Pakar Motivasi Fitrah Perkasa, Mantan Pres PERSADA) kerana banyak membimbing saya dalam amalan kerohanian dan ilmu pengurusan, Nik Abdul Razak (Mantan Exco PMIUM) yang sentiasa menjadi pendengar dan penasihat yang baik pada saya, Ridzwan (Pres MPMUM) yang banyak mengajar saya strategi-strategi politik.

Juga kepada Badrulnaim (Mantan Pimpinan Mahasiswa) yang sememangnya bersistem dalam setiap gerak kerja,Muhammad Rejab (Ulama’ Muda) yang banyak mendidik hati saya menjadi hamba Allah S.W.T yang bertaqwa juga merupakan sahabat sepengajian saya di Baitul Qurra’ Melaka, Danial (Murabbi Tarbiyah) yang banyak berkorban dan berkongsi masalah susah senang dengan saya, Ahmad Syahir (Pimpinan Mahasiswa di pelbagai lapangan) yang sememangnya menjadi rujukan saya dalam gerak kerja dakwah,

Razali (Mantan Pengerusi PRO-M Nasional) yang banyak berkongsi idea dan pengalaman yang berharga dengan saya, Abdul Ghaffar (Pakar IT) yang banyak menolong saya dalam bidang IT dan banyak membantu kerja2 yang saya tak boleh buat dan merupakan seorang yang sangat bernas pemikirannya, Khairuddin Bajuri (Aktivis Mahasiswa, Pres PERMASIS) yang pengorbanannya untuk gerak kerja islam menjadi saya lebih tabah dalam menggalas tanggungjawab perjuangan islam

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Allah jualah mereka berserah. (Surah Al Anfal: 2)

Comments
  1. Salam perjuangan
    Semoga terus istiqomah..
    Ana cadang lepas ni kita hidupkan ruangan komen di blog sesama kita..Nanti baru orang akan mula komen..

  2. Hasbie says:

    salam.
    aiks ucapan pghargaan mcm org dah nk mati jerk..hehe

    ala,tak de apa pun..perjuangan besar baru bermula..ayuh bergerak sederap selangkah.

    takbir!!

Leave a reply to Faisal Mustaffa Cancel reply