Feeds:
Posts
Comments

Alhamdulillah, ALLAH SWT, memberi keizinan untuk saya bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi ( Presiden PAS ), sememangnya perkara yang paling menggembirakan saya dalam kehidupan ini ialah bilamana bertemu berdamping dengan alim ulama’ .

Bersandarkan hadith, Riwayat Ismail bin Abi ‘Uwais mengatakan: Meriwayatkan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Aas yang mengatakan: Aku dengar Rasulallah SAW bersabda:

Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) Ilmu dengan mencabutnya daripada para Hamba; akan tetapi Dia (Allah) mencabut Ilmu dengan mematikan ‘Ulama sehingga tidak adanya seorang ‘Alim; (nescaya) orang menjadikan pemimpin-pemimpin yang jahil; maka ditanyakan kepada mereka lalu mereka memberikan fatwa dengan tidak ada Ilmu pengetahuan; maka mereka sesat dan menyesatkan.

Ketika Al Fadhil Tuan Guru dan Al Fadhil Ustaz Shuid Din ( Ketua Dewan Ulama’ PAS Perak ), berdiskusi saya juga ada bersama ketika itu, apa yang menkjubkan saya perbincangan antara mereka jelas begitu ilmiah dan penuh dengan buah-buah ilmu yang banyak, bermula dengan kisah gerakan Islam Malaysia sehingga kepada kisah gerakan Islam dunia, mereka saling bertukar pandangan bersulamkan dalil Al Quran dan Hadith, ketika itu saya hanya mampu mendengar dan hanya tersenyum ketika kedua-dua Ulama ini memerhatikan saya, saya menggunakan kesempatan itu untuk menjadi mendapatkan ilmu sebanyak mungkin dari Ulama Muktabar di bumi Malaysia ini.

Saya sentiasa memerhatikan pergerakan Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi, ketika berusrah, ketika berceramah, ketika makan, saya melihat akhlak beliau sangat tinggi, lantas tidak berhenti saya berdoa kepada ALLAH SWT, agar diberi kekuatan untuk saya istiqamah dalam perjuanagn Islam dan bersama para alim ulama’ yang siddiq serta ikhlas dalam mendokong perjuanagan Islam yang mulia ini.

Di kesempatan bersama Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi, beliau sempat memberi pesanan khusus kepada saya supaya sentiasa beriltizam dengan PAS, dan sentiasa bertafaqquh dalam mencari ilmu, INSYAALLAH pesanan ini akan dipegang sebaik mungkin, agar saya terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

Semoga generasi muda yang sentiasa meningkatkan kualiti ruhiah kita dengan membekali diri
sebanyak mungkin agar kita dapat mendidik generasi berikutnya.

Saya sertakan tiga cadangan untuk bekalan kita sebagai generasi penerus perjuanagan :

1 Ketika kita melihat umat yang semakin menyimpang dari Islam, kita sebagai
pemuda harus mesti melakukan perubahan atas perkara tersebut dengan keberanian.

2 Seorang pemuda itu harus mempunyai idealisme tinggi, punya keberanian dan
berani melakukan perubahan dimulai dari diri, keluarga dan masyarakat.

3.Pemuda sebagai dai’e yang terbaik, kita adalah dai’e, ini kerana semenjak kita lahir
kita sudah punyai kewajiban untuk menjadi dai’e, yakni menyeru manusia kearah kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran.

konvo108DSC_0594

Syukur, Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat Negeri Perak,yang berlangsung baru-baru ini berjalan dengan baik sekali.

Satu pengalaman yang amat besar, saya bersama dengan sahabat seperjuangan di bumi Perak telah diamanahkan untuk menguruskan program ini, bagi saya ini satu pengalaman yang baru, menguruskan satu program yang melibatkan tiga parti besar didalam negara ini, PAS, KEADILAN dan DAP.

Bagi saya kesempatan bersama bekerjasama dengan rakan-rakan dari parti lain perlu digunakan sebaiknya oleh kita yang bergerak atas paksi gerakan Islam. Akhlak dan cara kerja kita menjadi perhatian rakan-rakan disekeliling kita.

akhlak adalah satu perkara yang perlu dititik-beratkan oleh ahli gerakan Islam, iaitu menjadikan orang ramai sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah. Tetapi apapun sebelum melakukan tugas atau usaha dakwah itu, kita perlu menguasai ilmu-ilmu yang teguh di samping menyelami kehendak mereka bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Usaha dakwah terhadap orang ramai perlu menunjukkan sikap dan akhlak terpuji, apatah lagi ia tidak kelihatan menyanggah sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. seperti , minum atau makan berdiri, memakai pakaian yang tidak dianggap sopan menurut pandangan orang ramai.

Ia bertujuan untuk sampai kepada matlamat sebenar penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus menaikkan taraf mereka sebagai sebaik-baik umat seperti yang ditegaskan Allah melalui ayat 110 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: “Kamu adala sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada umat manusia sejagat, dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”

Saya juga berterima kasih kepada jawatankuasa penggerak yang bersama-sama menjayakan program ini, kepada Dr Khairuddin ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ) Yb Khalil Idham Lim ( Ketua Penerangan PAS Perak ) Akh Ismad Shahril ( Penolong S/U PAS Perak ) dan Akh Khalilul Rahman ( SUK PAS Perak ), juga kepada rakan pimpinan penggerak dari PKR dan DAP.

Di sini saya sertakan hasil resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat Negeri Perak ini:

i. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan ALLAH SWT sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

ii . Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

iii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iv. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

v. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

vi. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vii. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

viii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

ix. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

Alhamdulillh diberi kekuatan dari Allah SWT, untuk saya menguruskan sidang media pimpinan PAS Perak, sebelum sidang DUN 28/10/09 baru-baru ini, banyak lagi pengalaman menarik semenjak bersama jemaah ini secara sepenuh masa..

DSC_0013DSC_0047

Alhamdulillah, sedikit gambar kenangan dikongsi bersama ketika bersama pimpinan Dewan Pemuda PAS Perak, pergi mencabar pemuda UMNO Perak berdebat isu keadilan dan kebenaran di Perak, namun hasilnya pemuda UMNO tidak berani berdepan dengan kami.
IMG_0233IMG_0274SDC12463

SDC12512

Alhamdulillah, baru-baru ini saya bersama Al fadhil ustaz Misbahul Munir bermusafir bersama ke Lenggong Perak, turunnya kami ke sana adalah untuk menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat berkenaan isu semasa di Perak , situasi sebenar politik Perak sememangnya sangat perlu di sampaikan kepada rakyat, agar rakyat dapat mengetahui siapa yang berada di pihak yang benar.

Semasa dalam perjalanan ke Lenggong saya mengambil kesempatan untuk menimba pengalaman yang beliau tempuhi sepanjang berada dalam jemaah Islam PAS ini.

Bermula dengan kisah beliau di Universiti Malaya sehinggalah kini. Ketika di kampus pernah memegang amanah sebagai presiden PMIUM 1986/1987 beliau adalah antara tokoh utama yang mengerakkan masyarakat kampus ketika itu. Selepas meninggalkan alam mahasiswa, beliau telah menceburkan diri secara aktif dalam jemaah PAS, antara amanah yang pernah dipikul beliau ialah sebagai Ketua Pemuda PAS kawasan Tapah, EXCO Dewan Pemuda PAS Perak, Ketua Pemuda PAS Perak, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Yang Di Pertua PAS kawasan Bagan Dato, Ketua Penerangan PAS Perak, Setiusaha Lujnah Penerangan PAS Pusat, dan kini sebagai Setiusaha Badan Perhubungan PAS Perak.

Sepanjang perjalanan itu banyak ilmu dan pengalaman dikongsi dengan saya, sememangnya saya melihat nikmat istiqomah itu sangat penting dalam perjuangan Islam ini. Semoga kita beroleh nikmat istiqamah ini, kita tidak perlu bimbang kerana ALLAH SWT akan menolong kita. Firman Allah SWT ” Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman itu berserah diri. Surah Al Imran: 160.

rumahabadi

Alhamdulillah, pagi subuh beberapa hari yang lalu, selepas saya menunaikan solat subuh, sempat saya berusrah dengan akhi aqil ( sahabat saya ), sedang kami membahaskan beberapa perkara penting berkenaan suasana umat Islam kini, tiba-tiba h/phone saya berdering, tertera diatas skrin nama murabbi saya Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain ( Pesuruhjaya PAS Perak)

” Assalamualaikum, ustaz hafez, ana baru dimaklumkan sebentar tadi sahabat kita di ayer tawar anaknya baru meninggal dunia, jadi kita akan kesana pagi ini untuk solat jenazah dan bertemu keluarga al marhum “

Sesampainya saya di rumah keluarga al marhum, saya dimaklumkan al marhum berumur lingkungan 20 an, lantas tersentak hati saya ketika itu, terus fikiran saya mengingati firman ALLAH SWT ” Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” Al Imran :183

Masya ALLAH, sememangnya kematian itu bila-bila masa sahaja akan mendatangi kita, tak kira muda atau tua, persiapan untuk kehidupan akhirat wajib dilakukan dari sekarang kerana bilamana kita mati kelak tiada lagi amal ibadah dan segala suruhan ALLAH SWT untuk memperjuangkan Islam dapat kita lakukan, di akhirat bukannya tempat beramal tetapi tempat untuk segala amal didunia ini dihitungkan.

baitul-muslim

Alhamdulillah, di penghujung tahun ini beberapa orang dikalangan sahabat yang sangat rapat dengan saya ditakdirkan ALLAH SWT, untuk mereka mendirikan rumahtangga Islam.

Ustaz Dzulkhairi, Ustaz Syawal, Ustaz Abdul halim, Ustaz Mujahid,akh Izzuddin, dan beberapa sahabat yang lain. Tahniah buat antum.

Benarlah Firman ALLAH SWT, yang bermaksud ” Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.” (Al Rum: 21)

Doa saya semoga keluarga antum diberi kerahmatan dari Allah SWT,

Sirrualabarakatillah.

Orang Muda Geng Kita

geng kita

org muda geng kita 3

Alhamdulillah pada 18 Okt baru-baru ini -Pemuda PAS Perak dapat melancarkan kempen “ORANG MUDA GENG KITA”, majlis ini telah mendapat sambutan sangat menggalakkan. Pelancaran ini diadakan semasa majlis SAMBUTAN AIDILFITRI PAS PERAK di Arena Square Batu Gajah yang dihadiri hampir 10000 hadirin.

Pelancaran ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar. 300 buah motor bertuah telah dipilih untuk ditampal ’sticker’ “ORANG MUDA GENG KITA” oleh Ust Abu Bakar serta saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Perak sebagai gimik untuk memeriahkan pelancaran tersebut. Golongan muda menyambut baik pelancaran tersebut. Suatu sinar baru kepada golongan muda dan untuk PAS sendiri.

Sepanjang lembaran sejarah, para pemuda yang beriman telah memilih jalan yang benar yang disampaikan oleh Para Rasul yang mulia, yang telah diutuskan sebagai rahmat daripada ALLAH SWT untuk umat manusia, sejarah membuktikan golongan muda telah banyak membantu Para Rasul yang mulia dan terus teguh beriman dengan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh ALLAH SWT, golongan muda ini sering kali ditimpa pelbagai tekanan daripada orang-orang sekeliling mereka, terutamanya keluarga-keluarga mereka. Para pemuda ini akan mencintai ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW sehingga ke akhir hayat mereka.

prof_zulkifli

Alhamdulillah, semalam diberi peluang untuk saya memberi kuliah di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar Perak. Sesampainya saya di tempat kuliah, semangat saya untuk terus berdakwah menyeru manusia kearah kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran semakin tinggi, ini kerana berdepan dengan tempat kuliah saya terletaknya kubur tempat persemadian jasad seorang ulama’ muktabar yang mulia di bumi Malaysia ini. Pemikiran saya pada tika itu menjadi semakin aktif memikirkan sorotan perjuangan yang pernah dilalui oleh Al Marhum.

Terdapat dua pengajaran penting pada diri saya selepas mengenangkan jasa Prof Dato’ Dr Zulkifli Muhammad, pertama kehidupan yang dipinjamkan oleh ALLAH SWT, kepada kita sebagai insan yang diberi keistimewaan beraqidah Islam wajiblah digunakan sepenuhnya untuk menegakkan kalimah ALLAH SWT, meskipun jalan yang dilalui sangat sukar dan penuh dengan halangan yang sedia menanti, kedua kehidupan kita didunia ini hanya sementara, apabila sampai masanya kita akan kembali kepada ALLAH SWT semula, maka amatlah rugi orang-orang yang tidak mewakafkan dirinya untuk ALLAH SWT.

Disini kita kongsikan bersama perjalanan hidup Jundullah Al Marhum
Prof Dato’ Dr Zulkifli Muhammad, untuk dijadikan contoh bagi diri kita

Prof Dato’ Dr Zulkifli Muhammad adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Bachok, Kelantan pada 1959-1964.

Dilahirkan pada 22 Mac 1927 oleh ibunya, Arbaayah Muhammad di rumahnya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Dalam usia beberapa bulan, Zulkifli telah diserang penyakit polio yang menyebabkan sebelah tangan dan kakinya cacat. Tetapi kecacatan inilah yang menjadikan beliau begitu cekal sehingga muncul sebagai tokoh ternama. “Aku sukakan kesukaran, kerana kesukaran itu memberi daya fikir dan daya bergerak”, kata Zulkifli yang menyifatkan kecacatannya sebagai jambatan kejayaan.

Pendidikan

• Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit hingga tamat Darjah 5. Pada masa yang sama, beliau belajar bahasa Inggeris dengan Mr. Rathnam pada sebelah malam.
• Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat Madrasah Aziziah’ dalam bidang agama dan bahasa Arab sehingga tahun 1937.
• 1940, memasuki Sekolah Agama Idrisiah, Bukit Chandan,Perak.
• 1947, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya ke American University, Mesir.
Kegiatan ilmiah

• 1951-Penasihat Lembaga Pembangunan Sastera, Perak.
• 1954-Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang.
• 1955-Ketua bahagian politik dalam Kongres Pemuda Melayu.
• Beliau diantara pimpinan Pelajar Melayu ketika beliau menuntut di Mesir

Politik

• 1956-menyertai parti Islam Setanah Melayu (PAS)
• 1959-Memenangi pilihan raya Umum 1959 bagi Kawasan Parlimen Bachok, Kelantan.
• 1956- dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (sekarang Parti Islam Se-Malaysia) ketika Dr Burahnuddin Al Helmy dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS.

Beliau seorang pemidato yang hebat dan disegani kawan & lawan. Beliau mencipta rekod berucap di parlimen selama 4 jam. Di Parlimen beliau banyak membangkitkan isu-isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirby dan Brinsford di United Kingdom.
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Prof Zulkifli:
“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”

Kematian

Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6hb Mei 1964. Beberapa jam sebelum itu beliau sempat menyampaikan amanat kepada pimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di Dewan PAS Kelantan di Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu, Kelantan yang dikenali ‘Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad’. Beliau disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Kota Lama Kiri,Kuala Kangsar,Perak.

Sempena mengenang jasanya kepada parti, dewan di Pejabat PAS Kelantan di Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu (Tempat Tuan Guru Dato’ Haji Nik Ab Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Pagi Jumaat sekarang) dinamakan’Dewan Zulkeflee Muhammad’ bersempena nama beliau. Beliau juga dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Kelantan oleh Sultan Kelantan,Sultan Yahya Petra yang membawa gelaran ‘Dato’ pada 11 Julai 1964.Beliau juga dianugerahkan gelaran ‘Profesor’ dari Universitas Walgading, Indonesia sewaktu beliau masih berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.

Jasa & sumbangan

• Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.
• Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.
• Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan. • Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953),
• Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
• Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za’ba.
Buku & Rencana
Prof Zulkifli Muhammad juga menghasilkan beberapa buku dan rencana. Antaranya;-

Buku
• Masyarakat dan Syariat
• Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup
• Pegangan Hidup Umat Islam

Rencana
• Falsafah Akhlak dalam Islam
• Umat Islam Sekarang makin Mundur
• Peranan Filem Dalam Masyarakat
• Economic Justice
• Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

SDC12099SDC12144

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT, diberi keizinan untuk saya dan sahabat seperjuangan bertemu Ulama’ Muda, Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Haji IsmailM yang merupakan Mudir Pondok Baitul Qurra’ Sungai Udang Melaka merangkap Ketua Dewan Ulama’ PAS Melaka.

Baitul Qurra’, sememangnya sinonim dengan diri saya, disinilah antara tempat utama saya menimba ilmu “bertalaqqi” kitab-kitab muktabar karangan Ulama’.

Sememangnya jadual tugasan saya di bumi Perak ini sangat padat, bagi sahabat-sahabat yang terlibat sepenuh masa dengan gerak kerja gerakan Islam PAS, mereka memahami situasi ini, namun kesibukan itu tidak boleh menjadi alasan untuk kita tidak bertemu alim Ulama’ bagi menambahkan kefahaman kita terhadap agama Islam yang mulia ini.kita perlu beriman dengan Firman Allah SWT didalam Surah Al Fathirr: ayat 28, “sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”

Semoga kita sentiasa berusaha meningkatkan kefahaman kita dalam mendalami pelbagai jenis ilmu, hal ini penting kerana insan yang bijak adalah mereka yang melakukan sesuatu amalan dengan ilmu dan siddiq dalam menyampaikan amanah Allah SWT.

Older Posts »